Resepi Dapur Malaysia

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

No Comments

kek lapis kukus cream cheese

Bagi penggemar cheese di luar sana, pastinya kek lapis kukus cream cheese ini buat anda terliur apabila merasanya. Jom kita belajar cara membuatnya mengikut resepi di bawah.

BAHAN A:

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul cream cheese bersama deangn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK):

  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*

* bahan-bahan perlu diayak dahulu

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagikan pada 2 bahagian.

Cara Memasak:

  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Cara Penyediaannya:

Masukkan (c) dlm bahan koko tadi. Kacau dan masukkan (b). Kemudian kacau lagi.

Bahan-bahan Cheese:

  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 25ml air
  • 1 biji telur
  • 25g tepung gandum

Cara Penyediaannya: 

  1. Pukul semua bahan kecuali telur
  2. Pukul sampai kembang dan gebu
  3. Masukkan telur dan pukul lagi
  4. Dah siap semua, kukus selang seli seperti membuat kuih lapis

*kukus dalam agak-agak 10 minit
*tepung naik sendiri brand nona
*acuan lompang saiz sederhana

Selamat mencuba resepi kek lapis kukus cream cheese ini. Jangan lupa share sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5