Resepi Dapur Malaysia

Kek Pelangi Kukus

No Comments
rainbow
Hari ni admin ingin kongsikan resepi kek pelangi kukus yang sangat sedap, lembut dan moist. Jom kita belajar buat menggunakan resepi di bawah ini.
Bahan-Bahan: (Loyang 7 x 7 x 3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sb serbuk koko (tak guna pun)
  • 1 sk esen vanila
  • 2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
  • Sedikit pewarna yang disukai
Cara Penyediaannya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  3. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
 * Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.
Selamat menjamu selera resepi kek pelangi kukus ini di rumah! Jangan lupa share sekali ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5