Beza Gelaran Dato’ dan Datuk

Di Malaysia, terlalu banyak gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ Seri, Datuk dan Dato’ diberikan kepada insan-insan tertentu yang banyak memberi jasa kepada negara sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik, ekonomi dan sebagainya. Kadang-kadang kita mudah terkeliru dengan penggunaan gelaran tersebut seperti penggunaan Dato’ dan Datuk. Di luar negara seperti di US, UK dan Australia tiada gelaran seumpama ini. Kalau ada pun Mr., Mrs. atau Miss.

Saya cuba menggunakan khidmat pak cik Google untuk mendapatkan kepastian mengenai gelaran tersebut. Saya mencari nama ‘Datuk Siti Nurhaliza’ dan ‘Dato’ Siti Nurhaliza’. Kedua-duanya gelaran tersebut digunakan secara meluas. Jadi jelas ramai orang yang terkeliru dengan penggunaan gelaran ini. Jadi untuk merungkai kekeliruan ini saya terjumpa satu artikel mengenai perbezaan gelaran Dato’ dan Datuk menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,

Dato’

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan

Berita Harian (Klik DBP), 15 Ogos 2005

52 Comments
  1. 7 years ago
    rose

    ouh begitu ke? aku ingat datuk tu untuk datuk bercucu je,, 🙂 hoho

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      Datuk bercucu pun boleh rose… bila cik rose nak jadi Datin ni?? hehe..

      Reply
      • 7 years ago
        rose

        @oryza sativa, nk dato’.. takmo datin.. tumpang glaran je~~ hahaha

        Reply
        • 7 years ago
          oryza sativa

          kena berusaha keraslah rose.. tunggulah 40, 50 tahun lagi. hehe..

          Reply
  2. 7 years ago
    miss lolly

    bagusssssssssssssh .

    BARU TAHU perbezaannya 😀

    Reply
    • 1 year ago
      SARAH

      Ahh. Baru tahu. Ingat kan gelaran Dato dengan Datuk tu lebih kurang je

      Reply
  3. 7 years ago
    bluehyppo095

    best2…baru tahu..thnx oh malaysia..kamu mmg jiwa malaysia..

    Reply
  4. 7 years ago
    z|lh@n

    dato’ beli pn byk dh sekarang.. mcm dh xdak nilai dh rs kadang2 tu…

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @z|lh@n, mcm xperlu pun gelaran2 ni.. coz nti wujud barrier pulak dgn org2 biasa.. buat apa nak nama, bukan boleh bwk mati pun…

      Reply
    • 3 years ago
      H.A. Bakar

      Kalau boleh beli harganya berapa dong?

      Reply
  5. 7 years ago
    Redz

    Owh.. Nice info… Aku ingat Datuk tue untuk yang ada cucu… haha

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      Datuk yg ada cucu datuk jugak. itu panggilan jela. hehe..

      Reply
  6. 7 years ago
    Md Nasir

    dari dulu sy cuba cari apa perbezaannya..skrg baru sy tahu..thanks for that info bro..

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @Md Nasir, ramai org konfius. sy sendiri pun konfius. bila dah tau sy edit balik entri2 lps psl Dato’ Siti. hehe..

      Reply
  7. 7 years ago
    Syahril

    ohmalaysia, tolonglah kupas lagi lebih mendalam tentang bab2 ni.. Ada banyak jenis datuk.. macam datuk Wira, Datuk Panglima, Datuk patinggi, Datuk Utama etc..

    N also perbezaan dengan penggunaan “datu” di Sabah

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      terima kasih atas cadangan itu encik syahril. saya ingatkan tak ramai yg berminat dgn topik macam ni. so sy tulis ringkas2 je. nti sy cuba cari info2 psl tu ye. terima kasih krn sudi mbaca blog ni.

      Reply
    • 7 years ago
      addin

      @Syahril,

      susah nak bezakan selain dari antara Dato’ dan Datuk.
      Yang lain-lain tu ikut perkenan sultan atau raja atau YDP negeri masing-masing;
      macam negeri-negeri gunakan Dato’Seri atau Datuk Seri, tapi negeri Pahang sahaja gunakan Dato’ Sri. Lazimnya Dato’/Datuk Seri merupakan gelaran yang tertinggi untuk orang biasa yang dikurniakan oleh Sultan/Raja/YDP.
      Macam Dato’ Patinggi dan Datuk Amar, guna di Sarawak sahaja. Negeri Perak dan Sabah guna Datuk Seri Panglima. Negeri Sembilan guna Dato’ Seri Utama. Melaka ada Datuk Seri Utama dan Datuk Wira. Perak dan Kelantan pun ada beri gelaran Dato’ Pahlawan. Kedah ada kurniakan Dato’ Paduka…..macam2 lagi laaaa..

      Reply
  8. 7 years ago
    atiqah xx

    datuk shah rukh khan.
    lawak komikal ciptaan siapa nih?
    xingat dah

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      cidoot… memang wujudlah datuk shah rukh khan tu… kerajaan melaka bagi kt dia…

      Reply
  9. 7 years ago
    diden

    patutla… datuk dato kadang2 ak konfius ngan datuk ak sendiri hehehe

    Reply
  10. 7 years ago
    Faarihin

    salam singgah sini tuan umah..

    owh.. baru tau perbezaan dia.. ingatkan tak de beza pun..

    huhuhu.. (^__^)

    nak add link blog ni juga la.. salam kenal dari saya.. (^__^)

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      mmg ramai yg xtau perbezaan ni. tp ptg ni, kalo salah nama org malu jgk lagi2 org2 kenamaan.

      p/s: jomla exchange link.

      Reply
  11. 7 years ago
    sepul

    yup betul kenyataan tue..

    Reply
  12. 7 years ago
    days

    tu belum lagi cmpur gelaran yang common seperti atuk aki,opah,mak long dan lain2 lagi hee..cmplicated sunguh

    Reply
  13. 7 years ago
    naem

    owh…:)

    Reply
  14. 7 years ago
    Nazz

    Kalau macam tu.. datuk yang bercucu tu nak guna yang mana?takkan guna datok pulak…

    Reply
  15. 7 years ago
    noorafzan

    sama tarap la ye sebenarnya dato n datuk?

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      sama je afzan.. 🙂

      Reply
  16. 7 years ago
    shalyafzan

    sape yg tanye soklan ni??bagus…untuk pengetahuan org len jugak…thx for the information jugak.

    tp mcm tak bape nk setuju je dgn kenyataan yg “org US UK dan Australia mahupun negara2 lain takde gelaran seumpama itu”…diorg ada Sir, Lady, Lord, Duke…lebih kurang sama laa mcm gelaran Dato’, Datuk, Tan Sri etc. di Malaysia..

    tq

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @shalyafzan, tu secara umum di US, UK n Australia. Sbb kalau di Malaysia terlampau byk sgt gelaran. Sy tak tau sgt di UK or US tapi di Australia mmg xde lah gelaran2 ni. Panggil org guna nama asal dorang je. Nama2 lecturer pun x payah nak sebut Doctor tu, panggil je nama. Best sikit.

      Reply
  17. 7 years ago
    sal

    anak dara belum bertemu jodoh lg. kalau tak merasa juga lah gelaran datuk hubby aku tu…hehehe. Nak tunggu dapat gelaran ‘datuk’ sebenor jangan harap!!!

    Reply
  18. 7 years ago
    Eight

    Datuk dah ada..Nenek bila lagik? ahahha!~

    Reply
  19. 7 years ago
    syahida azmi

    teringin nak dpt gelaran datuk!!! menerusi sukan seperti lee chong wei lah konon… tpi hrp2lah.

    Reply
    • 7 years ago
      Amir Said

      semoga impian menjadi kenyataan. 🙂

      Reply
  20. 6 years ago
    kefie

    terima kasih mengenai penjelasan saudara. saya ada suatu persoalan yang ingin dibangkitkan. bagaimana dengan perbezaan gelaran DR dengan Dr. ada yang mengatakan gelaran yan g pertama itu untuk individu yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang perubatan seperti pembedahan dan yang berkaitan. dan satu lagi gelaran yang kedua adalah untuk individu yang berjaya mendapat phd. minta dijelaskan. terima kasih.

    Reply
  21. 6 years ago
    amir

    thanks oh malaysia sbb info ni sgt penting..

    Reply
  22. 6 years ago
    Ayabizz

    terima kasih…

    akak pun baru tau..hehe

    Reply
  23. 6 years ago
    aku pau

    camne na cari senarai2 name datuk2 erk??

    Reply
  24. 6 years ago
    yant

    Tq..info yang sangat berguna. apa bezanya dato’ setia, dato’ paduka, datuk amar dan banyak lagi gelaran2 dato’ ni . Susah nak dikenalpasti, sama ada ia anugerh krjn negeri mana, dan mengapa namanya lain-lain?

    Reply
  25. 6 years ago
    bokbom

    Apakah diorang yg dianugerahkan pangkat spt dato’ atau datuk ni diberi imbuhan atau bayaran setiap bulan drp kerajaan?

    Reply
  26. 6 years ago
    burn

    di aussie takde gelaran tu sb diorg takde raja nk bagi anugerah kot..

    Reply
  27. 5 years ago
    atoknakal

    dato` dan datuk..xtau plak ada beza sblm nie..sebutan pon sama ja xda beza..slpas baca baru tau..tq

    Reply
  28. 5 years ago
    wan rozita

    salam nak tahu hiraki antara datuk,dato’, datuk seri, dato’ seri, datuk wira, datuk wira pahlawan,,mcm mn yer nk di susun mana yang lebih tinggi..

    Reply
  29. 5 years ago
    fahmi

    Info yang sangat berguna. tq for sharing

    Reply
  30. 3 years ago
    Achieq

    Gelaran Dato’ dan Datuk dah tak bernilai sekarang… sebab mereka ni tidak berfungsi pun… Sekadar merebut gelaran di dunia untuk kebanggaan sendiri, kecuali mereka yang banyak menyumbang untuk kemaslahatan ummat. Bila suami dapat gelaran Dato’/Datuk si isteri automatik jadi Datin… Lepas tu berlagak memboyot ke hulu hilir… Yang paling kelakor Shah Rukh Khan dan Rossa pun dapat gelaran Datuk… Apa fungsi mereka…?? Hanya sekadar untuk menyanyi… atau mungkin mereka telah menghiburkan sesetengah kerabat-kerabat Di Raja yang sukakan hiburan.

    Gelaran dan darjat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t ialah HAMBA ALLAH… Itu pun kita tak mampu nak zahirkan pada diri… Maka jadilah kita hamba kepada Dato’/Datuk… Allahu’allam…

    Reply
  31. 3 years ago
    Achieq

    Bila suami dapat gelaran Dato’/Datuk, automatik si bini dapat Datin… kadang-kadang tu ngaku Datin… orang tak panggil pown…

    Tapi kalo bini dapat gelaran Dato’/Datuk si suaminya pulak dapat apa…?? Dapat melopong… 😀 hehehehe…

    Tak usah nak berlagak la… kubur kita nanti sama ajew… tak kira berpangkat, ada gelaran ke, kaya ke, berharta ke sama ajew dengan kami yang miskin tidak berharta dan tiada gelaran/pangkat nih… Soalan-soalan dalam kubur pun sama ajew… Malah orang yang banyak duit hisabannya lebih panjang. Macam lah lori yang bawak muatan banyak semasa nak melepasi sempadan akan diperiksa lama kat Imegresen… Banyak soalannya… berbanding kereta kecil dengan muatan yang sedikit…

    Reply
  32. 2 years ago
    faridah

    baru tau beza dato’ dan datuk..gitu rupanya.hehe..tq2

    Reply
  33. 1 year ago
    lamit

    terima kasih …u hebat

    Reply
  34. 1 year ago
    sariza

    ziela jalil, hans issac dan norman dapat Datuk dari Pahang…kwn plk dapat Dato’ dari Pahang jugak..mcmana tu?

    Reply
  35. 1 year ago
    dato kiyai radin hussin hadipuro

    saya nak tahu gelaran DATUK ini di beri oleh gabnur melaka apakah kah sah mengikut undang negara
    di indonesia berapa banyak gabenur..tak pon boleh menganugerahkan datuk
    di USA ada gabenur…tak dak pon boleh bagi gelaran mengapa saudara minta jawab komen saya
    kerana gelaran DATUK ADALAH DATUK politik..OLEH GABENUR
    gEALARAN DATO” IALAH……..DATO” ADAT…..SULTAN / RAJA

    GELARAN NI YG BERHAK BAGI SIAPA………RAJA ATAU SULTAN ATAU GABNUR
    Sedangkan GABENUR BUKANYA BERDAAH ATAU KETURUNAN RAJA
    MACAMANA TU……Sila ja…..wab…….sedara

    Reply
  36. 1 year ago
    mus

    jump q utk dpt title dato
    DIMP (Darjah Indera Mahkota Pahang) sept 2016,
    ikut prosedur pintu depan trus naik lift jumpe sultan di istana utk sarung kalong dan pingat..
    harga rm200k
    dep rm70k
    email yan.mfa@gmail.com

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *