Beza Gelaran Dato’ dan Datuk

Di Malaysia, terlalu banyak gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Dato’ Seri, Datuk dan Dato’ diberikan kepada insan-insan tertentu yang banyak memberi jasa kepada negara sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik, ekonomi dan sebagainya. Kadang-kadang kita mudah terkeliru dengan penggunaan gelaran tersebut seperti penggunaan Dato’ dan Datuk. Di luar negara seperti di US, UK dan Australia tiada gelaran seumpama ini. Kalau ada pun Mr., Mrs. atau Miss.

Saya cuba menggunakan khidmat pak cik Google untuk mendapatkan kepastian mengenai gelaran tersebut. Saya mencari nama ‘Datuk Siti Nurhaliza’ dan ‘Dato’ Siti Nurhaliza’. Kedua-duanya gelaran tersebut digunakan secara meluas. Jadi jelas ramai orang yang terkeliru dengan penggunaan gelaran ini. Jadi untuk merungkai kekeliruan ini saya terjumpa satu artikel mengenai perbezaan gelaran Dato’ dan Datuk menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,

Dato’

Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk

Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah.

contoh: Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan

Berita Harian (Klik DBP), 15 Ogos 2005

52 Comments

Leave a Reply to Achieq Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.