Kerabu Daging Ala Nyonya

kerabu daging ala nyonya

Resepi kerabu daging ala nyonya ini sangat enak dijamu selera. Jom kita baca resepi ini sama-sama.

Bahan-Bahan:

  • 300 gram daging batang
  • 1 biji timun saiz kecil
  • 5 biji bawang merah – hiris
  • 2 kuntum bunga kantan – hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih – hiris halus
  • 5 biji cili padi – hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda – hiris halus
  • 4 camca besar pati santan
  • 5 -6 biji limau kasturi – perah jusnya
  • Gula secukup rasa
  • Sos ikan – secukupnya

Bahan Tumbuk Halus :

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 inci belacan – dibakar

Cara Penyediaannya:

1. Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas.

2. Timun dibelah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.

3. Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan-bahan di atas kecuali jus limau kasturi, garam dan gula serta santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.

4. Tambah sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.

Selamat menjamu selera hidangan kerabu daging ala nyonya ini. Share sekali resepi ini ya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *