Kerabu Taugeh Berkerang

 

kt

 

Kunci kesedapan kerabu ni adalah bahan utamanya iaitu taugeh mestilah segar. Kerabu ni tak perlu dimasak cuma taugeh perlu dicelur dahulu dan kerang pun harus direbus dan diasingkan isi. Di sebelah utara, kerabu ni selalu dihidangkan di kenduri kendara dan kadang-kadang kerang digantikan dengan perut lembu.

 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg. taugeh
  • 1/2 kg. udang hidup
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji limau nipis
  • 10 biji cili kering
  • 1 biji kelapa parut
  • Garam dan gula

CARA MEMBUAT:

  1. Taugeh dicelur dan ditoskan.
  2. Cili kering,bawang merah,kelapa dan udang digoreng sehingga kekuningan.
  3.  Asingkan kelapa daripada bahan-bahan lain dan tumbuk cili kering, bawang merah dan udang hingga lumat.
  4. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga rata dan masukkan air limau nipis serta garam dan gula.
  5.  Gaulkan sekejap, rasalah, apabila cukup rasa hidangkan.

Selamat mencuba semua! Jangan lupa share sekali.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *