Kerabu Udang

kerabu udang

Jom kita belajar resepi kerabu udang yang sedap ini.

Bahan-Bahannya:

  • 300-400gm udang – dikukus atau direbus
  • 1/4 bawang besar – mayang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 2 cili padi hijau – cincang
  • 1 cili merah – cincang
  • 1/2 carrot – mayang memanjang 1 genggam
  • sedikit roasted sesame/bijan
  • 2 sb nampla sauce/sos ikan/kicap ikan
  • 1-2 sb soft brown sugar/gula perang – ikut suka
  • 1/4-1/2 biji lemon – perah jus lemon, ikut masam
  • 1/4-1/2 caw daun ketumbar – potong (optional)
  • 5-6 cherry tomato or 1 tomato – potong
  • 1 timun jepun – dimayang halus

Cara Penyediaannya:

1. Udang dibasuh dikukus, tujuannya bagi mengekalkan rasa manis udang tersebut atau boleh juga direbus dengan sedikit air kemudian buang kulit & kepalanya, ketepikan.

2. Cincang bawang putih, diikuti cili padi hijau dan cili merah.

3. Campurkan bawang putih cincang, cili padi dan cili hijau, bawang besar bersama, nampla sauce, soft brown sugar dan perahan air lemon, gaul rata.

4. Masukkan pula udang, tomato, timun dan ketumbar, gaul rata, taburkan sedikit bijan, hidangkan besama nasi panas.

Selamat mencuba resepi kerabu udang ini ya. Jangan lupa share sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *