Resepi Dapur Malaysia

Ketam Berlada

No Comments

ketam berlada

Resepi ketam berlada. Bagi penggemar makanan laut / seafood, apa kata kita cuba resipi ketam berlada. Rasanya yang sangat lazat pasti menepati selera anda seisi sekeluarga terutamanya pada bulan Ramadhan ini. Caranya juga tidak susah dan bahan-bahannya senang dicari di pasar raya. Jom buat ketam berlada ikut resepi chef yang sedap ini.
Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ketam
  • 10 biji lada kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam dan gula

Cara penyediaannya:

  1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih kemudian tumis hingga naik minyak.
  2. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, kicap manis dan sedikit air.
  3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan buah tomato yang dipotong.
  4. Setelah mendidih masukkan ketam yang telah dibersihkan dan di potong.
  5. Masak ketam hingga isinya empuk dan hidangkan.

*Satu lagi cara boleh goreng ketam terlebih dahulu, selepas itu bolehlah masukkan ke dalam sambal.

Senang sahaja kan? Jangan lupa share resepi ketam berlada ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5