Ketam Bertelur

ketam bertelur

Resepi ketam bertelur ini sangat enak, hanya dengan makan kuah ketam bertelur pun sudah puas, lagi kan selepas kopek isi ketam untuk dimakan amat menyelerakan. Mari kita cuba resepi di bawah ini.

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu cili yang dah diblend
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih yang agak besar
  • sepotong halia
  • sebiji telur
  • garam
  • sedikit gula
  • sedikit minyak untuk menumis
  • bawang besar

Cara Penyediaannya:

1.    Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2.    Masukkan secawan air
3.    Masukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4.    Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5.    Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul
6.    Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul

Selamat menjamu selera dengan masakan ketam bertelur ini dan jangan lupa share resepi ketam bertelur ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *