Kuih Bakar Daging

kuih bakar daging

Kuih bakar daging ini sememangnya sedap dan penyediaannya tidaklah terlalu sukar. Jom kita belajar buat kuih ini menggunakan resepi di bawah.

Bahan-Bahannya: 

Kuih Bakar:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
  • 3 biji telur gred A
  • 180 ml air
  • sedikit garam
  • minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega/marjerin)
  • beberapa titik pewarna kuning
  • hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • cili merah didadu kecil, untuk hiasan
  • sos cili sebagai pencicah

Inti Daging:

  • 150 gm daging kisar
  • 1 sdb rempah kari daging
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • sedikit air
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit hirisan cili merah
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:

Inti Daging:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.

3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.

Selamat menjamu selera kuih bakar daging yang anda hasilkan sendiri ini. Share sekali ya resepi ini.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *