Resepi Dapur Malaysia

Kuih Cara Manis

No Comments

Resepi kuih Cara Manis mudah saje nak buat. Kuih hijau ni adalah antara kuih yang popular bagi peniaga-peniaga kuih-muih. Ayuh ikuti cara buat Kuih Cara Manis dibawah. Dah try jangan lupa komen dan share ye.

Bahan-bahan untuk hidangan 1 keluarga

2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 sudu kecil pewarna daun pandan 4 cawan santan cair Garam dan gula secukupnya Minyak masak sedikit

cara menyediakan

Kisar kesemua bahan (kecuali gula dan minyak) sehingga sekata. Jangan terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kuantiti gula agak-agak ikut kesesuaian lidah anda, manakala garam pengimbang rasa. Tak perlu banyak.

Panaskan acuan kuih cara menggunakan api yang kecil. Letak sedikit minyak.

Masukkan adunan ke dalam acuan tadi.

Masukkan 1 sudu kecil gula di tengah-tengah acuan.

Masukkan lagi adunan sehingga penuh. Kemudian tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak.

Pastikan sapu minyak pada acuan supaya tak melekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5