Kuih Cara Tuna Cheese 

tuna cheese cara kuihMemandangkan bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi, saya akan berkongsi dengan anda satu resepi masakan yang hanya memakan masa beberapa minit sahaja.

 

 

Bahan-bahan:

Adunan tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, try and error)
1 biji telur
Pewarna hijau atau kuning
*Blend semua bahan ni dalam blender sampai halus.

Cara-cara:

Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
cheese parut (or slice potong-potong).

Sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese, bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bahagian atas.

Sudah siap!

Jangan lupa share resepi kuih cara tuna cheese ini! Sangat simple untuk dihidangkan.

 

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *