Kuih Siput Rangup

kuih siput rangup

 

Kuih siput rangup ini merupakan kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu di negara kita. Jom belajar resepi sedap ini sama-sama!

Bahan-Bahannya:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air
 Cara Penyediaannya:
  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama. Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

*Tips:

Jika anda ingin sediakan kuih siput untuk hidangan hari raya, boleh digandakan adunan ini kepada 2.

Selamat mencuba resepi kuih siput rangup ini dan jangan lupa share sekali ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *