Maggi Kari Ketam Kelantan

maggi-ketam
Maggi kari ketam amat popular di Negeri Kelantan dan menu ini amat mudah didapati di restoran-restoran di segenap ceruk negeri Kelantan. Harganya yang tidaklah begitu mahal dan rasanya yang enak menjanjikan satu kemestian jika berkunjung ke negeri Kelantan. Bagi anda yang berada di rumah, bolehlah cubanya sendiri.
Bahan-bahan:
1 bungkus mi maggi kari
1-2 ekor ketam segar
2 -3 biji cili padi dihiris
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 hirisan nipis halia dihiris halus
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
3 cawan air
1 biji telur
Bahan-bahan untuk hiasan:
Telur rebus – dibelah dua
Bawang goreng untuk hiasan
Daun bawang – untuk hiasan
Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan kuali atau periuk- tumiskan bawang merah, putih dan halia, masukkan sedikit sos cili / cili giling, sos tomato dan perencah mi maggi kari. Kacau dan masukkan air – biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api, kemudian masukkan telur , sayur (jika mahu), cili padi dan ketam – pastikan ketam sudah masak sebelum masukkan mi maggi. Masuk mi sekejap dan matikan api.
3. Kemudiankan hias dengan daun bawang, bawang goreng dan telur.
Sudah siap untuk dihidangkan! Selamat mencuba resepi maggi kari ketam ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *