Marble Shortbread Cookies – Black and White Marble

marble shortbread cookies

Resepi Marble Shortbread Cookies – Black and White Marble  ini sangat sedap untuk dimakan bersama satu keluarga. Caranya juga simple dan mudah. Jom kita buat kek ini sama-sama mengikut resepi di bawah.

Bahan-Bahannya:

Bahan A:

  • 250gm mentega
  • 150gm gula kaster
  • 2 teaspoon coffee emulco

Bahan B:

  • 330gm tepung gandum
  • 40gm susu tepung
  • 10gm serbuk koko
  • 50gm nestum di kisar halus
  • 60gm serbuk badam

Loyang 10′ x 10′ x 2 dengan cutter

Corak Marble Hitam

  • 230gm coklat masakan hitam
  • 20gm coco butter
  • 50gm coklat masakan putih

Corak Marble Putih

  • 250gm coklat masakan putih
  • 50gm coklat masakan hitam

Cara Penyediaannya:

  1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil 600gm adunan, ratakan di dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1″ terkeluar dari loyang dan tekan padat ke dalam loyang kemudian cucuk atasnya dengan garfu. Letak cutter di atasnya dan tekan sampai ke dasar.
  3. Bakar pada 160C selama 40 min atau hingga masak. Biar sejuk dan keluarkan cutter.
  4. Cairkan coklat masakan hitam secara double boiler, masukkan coco butter, gaul rata atau (coklat masakan putih). Tuang ke atas biskut dan ratakan.
  5. Cairkan coklat masakan putih atau (hitam) secara double boil atau di dalam microwave, biarkan suam sedikit masukkan ke dalam piping bag dan picit memanjang di atas coklat masakan hitam. Ambil lidi dan lorekkan dengan bentuk marble. Masukkan kembali cutter ke tempat asalnya dan biarkan coklat beku.
  6. Keluarkan cutter dan simpan di dalam bekas kedap udara.

*Tips: 

Untuk corak marble putih tak perlu dimasukkan coco butter. Buat seperti corak marble hitam. Pilih salah satu. Jika adunan agak kering, tambah sedikit mentega dan uli semula.

Selamat mencuba resepi Marble Shortbread Cookies – Black and White Marble . Jangan lupa share ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *