Resepi Dapur Malaysia

Masak Lemak Cili Api Pisang Muda

No Comments
masak lemak
Masak lemak cili api pisang muda memang menjadi kegemaran ramai untuk menikmatinya terutama bulan Ramadhan ini. Caranya simple sahaja manakala bahan-bahan yang digunakan juga mudah dicari. Masa yang diambil tidak begitu lama. Jom ikuti resepi chef.
Bahan-bahannya:
  • 1 sisir pisang muda lemak manis
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 7 biji cili padi*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang merah kecil*
  • 1 batang serai
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya: 

  1. Bersihkan pisang, asingkan kulit dan isi pisang  dipotong dan dicelur.
  2. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat dan tumbuk ikan bilis kasar.
  3. Panaskan periuk dan masukkan santan cair bersama bahan tumbuk serta ikan bilis.
  4. Masukkan serai yang diketuk.
  5. Biarkan hingga mendidih dan pisang serta kulit pisang empuk.
  6. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
  7. Jika dah sebati boleh ditutup api dan dihidang.

Sangat rugi jika tak cuba resepi masak lemak cili api pisang muda ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5