Masak Lemak Pisang Muda

gulai+lemak+pisang

Jom kita sama-sama belajar resepi masak lemak pisang muda ini.

Bahan-bahan:

  • 1 sisir pisang kapas
  • 10 tangkai cili padi-dikisar
  • ½ inci kunyit hidup-dikisar
  • 2 ulas bawang merah-dikisar
  • 2 ulas bawang putih-dikisar
  • ½ kg santan pekat
  • 50 gram tulang ikan talang masin
  • 2 batang serai-diketuk
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya:

1. Masak tulang ikan masin bersama santan serta bahan-bahan yang telah dikisar.

2. Kacau sampai mendidih.

3. Selepas itu, masukan pula pisang kapas serta serai yang telah diketul ke dalamnya.

4. Tambahkan garam dan kacau sampai sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi masak lemak pisang muda ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *