Resepi Dapur Malaysia

Mee Bandung Muar

No Comments

 

mee bandung muarBagi anda yang berkunjung ke Johor, tak sah kan kalau tak try Mee Bandung Muar yang istimewa dan semestinya jadi tarikan masyarakat pelbagai bangsa yang berkunjung ke sana. Bagi yang tak berkesempatan, jom kita try buat sendiri ikut resepi di bawah ini.

 

 

Bahan-bahan A ( dikisar halus )

2 batang cili padi
15ml kacang tanah (digoreng)
15ml udang kering
30 ml bawang goreng

Bahan-bahan B

100 gm daging (dihiris)
100 gm mi kuning
500 ml air
50 gm sawi
1 biji telur
30 ml sos cili

*Tambahkan udang segar sekiranya mahu.

Cara Menyediakannya:

1. Rebuskan daging sehingga ia jadi empuk.
2. Masukkan pula bahan-bahan A ke dalam rebusan daging tadi.
3. Masukkan sos cili, mee dan sayur sawi – kemudian tambah bahan perisa.
4. Akhir sekali, masukkan pula telur ke dalam kuah tadi sebelum dihidangkan.

Senang je kan? Selamat menjamu selera dan jangan lupa share resepi ini ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5