Resepi Dapur Malaysia

Mee Hailan

No Comments

mee+hailam

Mee hailan ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailan kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple.

Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang-dibuang kepalanya dan dibersihkan
  • 4 ekor sotong -di potong kecil
  • Ayam atau daging-dipotong nipis-nipis
  • Sedikit halia-di hiris
  • 2 ulas bawang putih-di hiris
  • 2 ulas bawang merah-di hiris
  • 2 biji lada merah-dihiris
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit lada putih
  • Kicap pekat
  •  1 kg yee mee atau mee kuning
  • Sedikit fish ball dan fish cake
  • Sedikit tepung jagung-dibancuh dengan sedikit air
  •  1 batang carrot-di hiris bulat
  • Garam dan gula
  • Cendawan butang- direndam dan dihiris
  • Sedikit kobis panjang
  • sedikit cauliflower -di potong

Cara Penyediaannya:

1. Mula-mula tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lada merah yang telah di hiris.

2. Masukkan daging. Seeloknya daging yang digunakan itu adalah daging yang lembut.

3. Masukkan udang dan sotong.

4. Masukkan air dan sos tiram dan lada putih secukupnya.

5. Masukkan fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap pekat.

6. Apabila sudah mendidih masukkan sayuran diikuti dengan yee mee atau mee kuning.

7. Selepas itu masukkan sedikit tepung jagung yang telah di kacau dengan sedikit air.

8. Tambahkan garam dan gula mengikut rasa.

Jangan lupa share resepi mee hailan ini ya bagi yang telah mencubanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5