Resepi Dapur Malaysia

Mee Rojak Cucur Udang

No Comments

 

mee rojak

Rojak Mee dengan cucur udang sememangnya amat popular di Penang dan menu ini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, malah pelancong asing.

Bahan-bahan kuah:

250 gm keledek direbus hingga empuk
65 gm udang  atau sotong kering
60 gm kcg tanah di goreng
8 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu besar asam jawa + 1 cawan air
1/4 cawan gula

Cara-cara menyediakannya:

1. Cili kering, bwg putih dan bawang besar digoreng dgn sedikit minyak hingga layu. Mesin kan halus.
2. Dalam periuk, didihkan 2 cawan air dan masukkan bahan mesin.
3. Masukkan semua bahan lain dan renehkan sehingga pekat.

Cara Membuat Cucur Udang:

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar kelapa parut kering
1/2 paket yis
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula + 2 cawan air suam
3/4 sudu garam

Cara-cara menyediakannya:

1. Yis dicampurkan ke dalam air suam. Tunggu hingga berbuih.
2. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tunggu hingga adunan naik dalam 1 jam.
3. Bolehlah digoreng denagn letak atas senduk dan letak udang seekor. Goreng dalam minyak yang banyak.

Selamat menjamu selera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5