Resepi Dapur Malaysia

Mee Udang Meatball

No Comments

Resepi Mee Udang Meat ball okay? Resepi ini agak sukar untuk dicari dan harganya agak mahal kerana didalamnya terdapat udang dan juga meatball.Oleh itu,untuk menjimatkan kos makan anda,Chef akan ajarkan cara-cara untuk menyediakan hidangan ini yang pastinya amat sedap dan lebih murah berbanding makan diluar.Antara bahan yang diperlukan adalah:

mee udang meatball

 

Bahan-bahan yang diperlukan:
mee kuning (ikut banyak mana nak) – dicelur
telur – direbus
tauhu – digoreng
sawi – dicelur sekejap
bawang goreng

Bahan-bahan umtuk membuat kuah:
sos cili – secukupnya
udang (ikutla nak letak banyak mana)
meat ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis – digoreng & dikisar halus
1 biji kentang – direbus
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan untuk dimesin:
1 batang serai
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 genggam udang kering – direndam dulu
lada kering – direbus (ikut tahap kepedasan)
halia – sedikit je
belacan – sedikit je

Cara-cara memasak:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan kesemua bahan yang dimesin sehingga garing dan naik bau.
2.Masukkan garam,gula,sos cili,ikan bilis yang telah digoreng,kiub ayam dan tom yam kemudian kacau hingga sebati.
3.Kemudian,masukkan kentang yang dimesin dengan air secukupnya.Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air secukupnya. 4.Masukkan meat ball dan biarkan kuah sehingga mendidih.
5.Bila sudah mendidih, masukkan udang.Jika semua rasanya sudah cukup,bolehlah ditutup apinya.
6.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Mee Udang Meat ball ini lebih sedap jika dibirarkan kuahnya pekat dan mee kuning tersebut perlulah direbus bersama air panas supaya kapurnya hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5