Resepi Dapur Malaysia

Muffin Telur

No Comments

mufin telur

Muffin telur ini sangat lembut untuk dimakan. Caranya juga mudah sahaja. Ikuti cara penyediaannya di bawah.

Bahan-Bahannya:

  • 5 biji telur gred B
  • 2 keping Cheese – boleh guna Cheesedale
  • 1/2 batang carrot – dipotong kecil
  • Sedikit timun – dipotong kecil
  • Sedikit lada benggala – dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam

Cara Penyediaannya:

1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.

2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.

3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.

4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.

5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah).

6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.

7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.

Selamat mencuba membuat muffin telur ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5