Resepi Dapur Malaysia

Murtabak Daging Mini

No Comments

murtabak daging mini

Murtabak daging mini paling popular pada musim Ramadhan. Daripada membeli, apa kata kita belajar buat sendiri. Buat di rumah bersama anak-anak pastinya seronok!

Bahan-Bahannya:

  • 2 cawan daging cincang (ayam/daging)
  • 1 cawan kentang – dipotong dadu
  • 2 biji bawang kuning(holland) – dipotong dadu
  • 1 biji bawang – dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 paket kecil serbuk kari daging Babas
  • Beberapa keping kulit popia (saiz besar)
  • 3 biji telur
  • 2-3 sudu besar tomato sos
  • 1 biji lada merah – dicincang halus
  • 1 biji lada hijau – dicincang halus
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil perasa maggie ‘cukup rasa’
  • Minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya:

1. Tumiskan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan daging, kentang dan lada. Tumis bahan hingga garing.

2. Setelah garing masukkan Serbuk kari, perasa maggie, garam secukupnya dan serbuk lada hitam.

3. Biarkan sehingga pekat dan daging masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum membungkus.

4. Ambil 1 biji telur dan ambil putihnya sahaja untuk dijadikan gam.

5. Ambil 2 biji telur dan telur kuning yang dari lebihan tadi dan dipukul, setelah itu campurkan ke dalam bekas yang mengandungi kari ayam tadi.

6. Ambil kulit popia, letakkan inti ke atasnya dan dilipat persegi.

7. Bakar di atas kuali ‘non stick’ dengan menggunakan sedikit minyak, bakar lah sehingga kedua-dua belah masak dan garing.

Selamat mencuba resepi murtabak daging mini ini ya! Ringankan tangan anda untuk share resepi di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5