Nasi Carrot

nasi carrot

Keenakan nasi carrot ini sudah semestinya membuatkan anda terasa ingin menambahnya lagi sampai puas! Bagi yang belum pernah cuba untuk merasa kelazatannya, jom kita buat sama-sama menggunakan resepi yang simple ini.

Bahan-bahannya:

  • 6 cwn beras basmathi – basuh dan toskan (rendam 30 minit)
  • 2 cwn carrot (potong dadu kecil halus)
  • 1/2 caw susu cair @ susu segar
  • 7 cwn air
  • 1 kiub ayam knorr
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu kecil garam

Bahan Tumis: 

  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 5 ulas bawang merah – blend
  • 3 ulas bawang putih – blend
  • 2 cm halia – blend
  • 3 sudu besar minyak sapi dan tambahkan sedikit minyak masak
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bungka lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun ketumbar – mayang
  • daun pandan – simpulkan
  • 1/4 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia – dihiris

Cara Penyediaannya: 

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk rice cooker.
  2. Masukkan bahan tumis, dimulai dengan rempah kasar, bahan hiris, bahan blend serta daun pandan. Tumis hingga sedikit kekuningan.
  3. Bila dah wangi, masukkan rempah kurma dan jintan. Biarkan naik minyak.
  4. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr / serbuk dan susu cair. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan beras, carrot dadu /sagat dan daun ketumbar.
  6. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
  7. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

Selamat menjamu selera masakan nasi carrot anda ini! Jangan lupa share sekali resepi enak ini.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *