Nasi Goreng USA

nasi goreng usa

Resepi Nasi Goreng USA, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia. Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat. Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan daging merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah kalau masak sendiri pasti puas hati.

Bahan-bahan:

  • nasi
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1 sudu cili boh-giling
  • 1 sudu stok pekat ayam/kiub
  • 80 g sayuran campur
  • 450-500 g nasi -yang sudah sejuk
  • 1-2 sudu serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa

Bahan Lauk:

  • 300 gram daging batang pinang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam -yang ditumbuk kasar (lebihkan jika ingin lebih pedas)
  • 1/2 biji lada benggala hijau -dipotong ikut suka
  • 1 biji lada merah-dipotong ikut suka
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu besar tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara Penyediaan Nasi Goreng:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
  2. Bila sudah naik wangi, masukkan cili boh/giling dan kacau 1 min
  3. Masukkan stok ayam dan sayuran campur
  4. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata
  5. Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat
  6. Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan di atas pinggan.

Cara Penyediaan Lauk:

  1. Potong daging nipis-nipis
  2. Potong panjang  lada benggala dan lada merah
  3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 – 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Selepas itu, masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.

Selamat menjamu selera dengan masakan nasi goreng USA anda! Jangan lupa share resepi nasi goreng USA ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *