Nasi Hujan Panas

nasi-hujan-panas

Selamat bertemu kembali di pautan resepi. Kali ini saya ingin berkongsi resepi Nasi Hujan Panas. Resepi ini amat popular di Kelantan selain nasi minyak, nasi tomato dan nasi kuning.

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi( direndam)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
Pewarna merah, kuning, hijau
Bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia

Untuk tumisnya:

Sedikit kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih Dan pelaga
1 helai daun pandan -diikat

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak sapi dan butter, masukkan bahan tumis – tumis hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar ( masak hingga naik minyak).

3. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa.

4. Masukkan nasi sekali dengan badam, gajus dan kismis.

*Bila nasi dah masak,  buat 3 lubang pada nasi – guna chopstick. Kemudian, masukkan warna hijau, merah dan kuning ( gaul dengan rata ).

* untuk tambah keenakkan nasi hujan panas ini, masukkan juga badam, kismis dan gajus-digoreng.

Sekarang nasi hujan panas ini sudah siap untuk dihidangkan. Jangan lupa share resepi ini ya!

 

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *