Resepi Dapur Malaysia

Nasi Paprik

No Comments

nasi paprik

Nasi paprik sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mencubanya. Selalunya kita akan menikmati nasi parik ini di kedai. Kali ini chef akan mengajar anda cara-cara untuk membuat nasi paprik. Bahan-bahannya tidak sukar untuk dicari dan mudah sahaja caranya.

Bahan-bahannya:

  • 5 pinggan nasi putih panas
  • 1/2 kilo isi ayam/daging
  • 6 biji cili api – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1/2 btg serai dihiris
  • 5 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 btg kacang panjang – dipotong
  • 2 sudu bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
  2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. Hidangkan.

Selamat mencuba resepi nasi paprik ini. Silakan share resepi ini supaya ramai lagi di luar sana dapat mencuba nasi paprik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5