Nestum Vanilla Chips Cookies

nestum vanilla chip cookies

Resepi Nestum Vanilla Chips Cookies ini sememangnya enak dan rangup untuk dimakan. Yang suka chocolate chips, daripada membeli, jom kita belajar buat cookies ini mengikut resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 250 gm mentega tawar
  • 220 gm gula kaster
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu teh butter vanila
  • 220 gm tepung gandum
  • 60 gm nestum cereal
  • 60 gm tepung kentang
  • 100 gm badam nibs
  • 200 gm chocolate chips

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur, butter vanilla dan garam.  Putar hingga sebati.
  4. Masukkan tepung gandum, nestum, tepung kentang. Gaul sebati.
  5. Masukkan badam nibs dan chocolate chips. Gaul rata menjadi doh yang lembut.
  6. Ambil doh sebesar guli, bulatkan dan letakkan di alas dulang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit sehingga keperangan.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba Nestum Vanilla Chips Cookies. Semoga resepi ini dapat memuaskan hati anda. Jangan lupa share sekali ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *