New York Cheesecake

new york cheesecake

New York Cheesecake memang enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Jom kita cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 200 gm biskut marie – kisar halus
  • 80 gm butter – cairkan – gaul sebati

Bahan-bahan cheese:

  • 750 gm cream cheese
  • 130 gm gula castor
  • 30 gm tepung gandum – ayakkan
  • 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 1 biji lemon – sagat dan ambil kulitnya
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telur
  • 1 kuning telur
  • 150 gm sour cream

Bahan-bahan buttercream (pukul sebati):

  • 200 gm krimwell
  • 50 gm gula aising – ayakkan
  • 1/2 sudu kecil jus lemon

Cara Penyediaannya:

1. Tuang adunan biskut ke dalam loyang springfoam saiz 8 inci, tekan-tekan biar rata dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Dalam mixer dengan kelajuan sederhana, pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati.
3. Tambahkan tepung gandum, esen vanilla, kulit lemon dan jus lemon, pukul lagi sehingga semua bahan sebati dan mesra.
4. Masukkan telur sedikit-sedikit sambil terus pukul diikuti dengan sour cream dan pukul terus sehingga rata.
5. Tuang adunan cheese ke dalam loyang biskut tadi dan ratakan.
6. Bakar secara “water bath” dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 70 minit.
7. Buang air dalam oven dan sejukkan cheesecake dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 1 jam.
8. Keluarkan kek, kikis tepi-tepi loyang kek dengan spatula, biarkan sejuk di luar sebentar, tutup permukaan loyang baru disejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dari loyang, letak kek di atas papan kek dan hias dengan sedikit buttercream di atasnya bersama daun pudina dan kulit lemon.
10. Siap dihidangkan.

Selamat menjamu selera dengan resepi new york cheesecake ini! Jangan lupa share sekali.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *