Omelette

omelette

Omelette yang ringan gebu ini penuh dengan inti yang enak seperti daging salai lembu, keju dan tomato kering. Oh ya, ianya begitu mudah dan pantas untuk disediakan bagi sarapan atau hidangan tengah hari yang penuh dengan protein.

Bahan-Bahan: 

  • 4 biji telur
  • 15g tomato kering (sun dried)
  • 30g daging salai lembu (beef jerky)
  • 20g keju parmesan
  • 1 sudu besar minyak
  • Secubit garam
  • Secubit lada sulah
  • Salad campuran (sebagai hidangan sampingan)

Cara Penyediaannya:

  1. Asingkan kuning telur dari putih telur.
  2. Cincangkan tomato kering dan bacon dengan kasar.
  3. Dalam mangkuk, pukulkan putih telur sehingga ringan dan gebu. Perisakan dengan garam dan lada.
  4. Gabungkan semula kuning dan putih telur. Gaulkan masuk setengah keju parmesan, tomato kering dan daging salai.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali kecil dan tuangkan masuk campuran telur. Biarkannya masak selama 2 minit sehingga ianya naik. Kemudian, taburkan baki keju, tomato dan daging salai.
  6. Lipatkan omelette dan biarkannya masak selama 3 minit lagi.
  7. Lapisan luar sepatutnya perang keemasan dan dalamnya masih ringan dan berkrim.
  8. Sajikan omelette dengan serta merta dengan sedikit salad.

Selamat menjamu selera dengan omelette anda! Jangan lupa share sekali ya resepi omelette ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *