Pasta Goreng Versi Melayu

pasta goreng

Pasta Goreng Versi Melayu ini sangat mudah sebenarnya, sangat ringkas dan cepat untuk dimasak. Jom kita try resepi ini sama-sama.

Bahan-Bahan:

  • Sos Cili (sedikit sahaja)
  • Sos Tomato (Banyakkan sedikit, biar rasa masam-masam)
  • Sos Tiram
  • Maggi Cukup Rasa (letak lah secukup rasa anda)
  • Sepaket pasta 250g
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili kering: Rebus dulu pastu baru blender. Blender lah sekali dengan 1 biji bawang besar dengan 4 ulas bawang putih. Bawang besar dengan bawang putih nak tumbuk pun boleh. Lagi sedap kalau tumbuk.
  • Daging cincang Ramly: Agak agak nak guna berapa banyak. Jangan letak sepaket pula. Banyak sangat tu. Sebab ni untuk setengah paket pasta sahaja.
  • Seafood: Sotong kecil dalam 5 ekor. Letak udang atau crabstickpun lagi sedap. Ada yang potong panjang-panjang, ada potong dadu. Tak kisah nak potong macam mana sekalipun.
  • Carrot: Potong panjang-panjang atau bentuk dadu pun boleh. Tak nak letak pun boleh.
  • Pasta yang sudah dicelur. Cara nak celur, letak air, pasta, minyak dan garam sedikit. Celur dalam 8 minit. Angkat dan ketepikan.

bahan bahan pasta

Cara Penyediaannya:

  1. Letak minyak, banyak sikit kalau boleh. Tumis cili kisar, bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau dan garing. Tumis lama-lama sikit bagi sambal tu pecah minyak. Atas api sederhana ye. Tumis tu jangan kejap sangat. Karang kejap sangat tak sedap.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato (banyak sikit), sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  3. Dah agak-agak pecah minyak, masukkan daging cincang. Masak-masak lama sikit.
  4. Masukkan sotong pula. Agak-agak sotong dah masak, campakkan carrot pula. Kemudian, campak pula crabstick yang pelbagai saiz itu. Akhir sekali, masukkan pasta. Kacau punya kacau dan siap dah!

Selamat mencuba bagi yang mencuba. Resepi pasta goreng versi Melayu ini hanya memerlukan kepakaran anda untuk campak-campak sahaja bahannya! Pejam mata pun boleh buat kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *