Pastry Puff

pastry puff

Pastry puff sangat diminati ramai kerana kelembutannya dan rasanya yang lazat sesuai dihidangkan buat seisi keluarga. Jom ikut resepi di bawah yang chef telah sediakan khas untuk anda yang ingin mencubanya.

Bahan-bahan inti ayam:

  • 5 biji ubi kentang potongan dadu (macam buat karipap)
  • 1 batang karot – dadukan
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar (kalau suka taste lada lebih, lebihkan sukatan)
  • 1 biji bawang holand – dadukan
  • 3 biji bawang putih – cincang.
  • Satu sudu sos tiram
  • Beberapa titis sos Maggi seasoning oil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ayam

Cara Penyediaanya:

  1. Tumiskan bawang.
  2. Masukkan dua tiga sudu air.
  3. Masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam, kiub ayam, seasoning oil, masuk garam dan gula sesukup rasa. Masak sekejap supaya naik minyak sedikit.
  4. Masukkan air dan masukkan kentang (agak-agak sehingga melembutkan kentang).
  5. Masukkan carrot. Masak sampai kentang dan carrot empuk.
  6. Letak inti atas sekeping pastry puff, lipat, dan kemudian tekan dengan garfu hujungnya biar melekat.
  7. Simpas alas plastik (agar tidak melekat).
  8. Frozenkan.
  9. Jika ingin makan, keluarkan supaya hilang beku. Selepas itu, kelar-kelarkan. Bakar sehingga masak.

Sudah siap! Mudah sahaja kan? Pasti keluarga anda menyukai pastry puff ini. Jangan lupa klik share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *