Resepi Dapur Malaysia

Pavlova

No Comments
pavlova
Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue. Jom kita belajar sama-sama resepi ini.
Bahan-bahan:
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus – saya pakai gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
*Tips sebelum membakar:
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.
Cara Penyediaannya:
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
2- Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Apabila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk, maknanya jadilah meringue. Jika belum atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Sekejap sahaja sudah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Jika ingin membentuk nya ikut kreativiti masing-masing pun boleh juga.
Masa membakar:
1- Panaskan oven pada suhu 150′ C. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140’C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.
*Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias:
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream sememangnya sudah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila ingin deco baru keluarkan.
*Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova berderai.
Selamat menjamu selera pavlova hasil tangan anda! Jangan lupa share sekali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5