Popia Mini

Popia-Mini-Enak-750x400

Kanak-kanak selalu gemar makan popia mini, lebih-lebih lagi ketika musim Hari Raya Aidilfitri. Jom buat sama-sama resepi popia mini.

Bahan-bahan: 

  • Serunding ikan secukupnya
  • 1 bungkus kulit popia (bersaiz besar)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya:

1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.
2. Ambil sekeping, letakkan inti di tengah-tengahnya dan gulung.
3. Letakkan hujungnya dengan sedikit air atau bancuhan tepung gandum.
4. Selesai menggulung kesemuanya, gorenglah dengan minyak yang banyak.
5. Api mestilah sederhana dan sentiasa kacau popia agar tidak hangus.
6. Angkat popia setelah berwarna kuning keemasan dan toskan.
7. Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

*Tutup kulit popia denga tuala bersih yang lembab untuk mengelakkan popia cepat kering.

Selamat menjamu selera dengan popia mini ini dan jangan lupa share resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *