Popia Nestum

popia nestum

Resepi popia nestum ini sangat enak dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya. Cuma proses menggulungnya agak remeh namun hasilnya sangat memuaskan hati.

Bahan-Bahannya:

Bahan untuk popia nestum:
  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 cawan nestum – kisar halus
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

 

Bahan untuk gam:
  • 2 sudu besar tepung
  • 1/4 cawan air

 Cara Penyediaannya:

  1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi sate atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

*Tips:

Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.

Selamat mencuba resepi popia nestum ini bagi semua!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *