Puding lapis coklat dan susu ini sangat enak untuk dimakan. Hanya dengan resepi mudah ini, anda dapat menikmati puding yang istimewa ini.
Bahan-bahannya:
- 20gm agar-agar tali@ 20gm serbuk agar-agar
- 1800ml air
- 11 sudu besar gula pasir
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/2 sdt garam
- air panas utk bancuh serbuk koko jadi pes
- choc rice untuk hiasan
Cara Penyediaannya:
- Masukkan 1800ml air dan agar-agar dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
- Apabila dah larut, masukkan gula pasir. Biar mendidih hingga gula larut. Sementara itu, bancuh tepung kastard dengan susu cair. Terus tuang ke dalam periuk. Kacau-kacau dan tambah garam.
- Biarkan mendidih. Pastikan api kecil. Sementara itu, bancuh serbuk koko dengan air panas sehingga jd pes. (bancuh dalam jag senang)
- Masukkan separuh adunan puding ke dalam jag yang berisi pes koko tadi. Kacau-kacau rata dan terus tuang ke dalam loyang. (masukkan loyang ke dalam freezer terlebih dahulu supaya biar puding cepat sejuk).
- Apabila puding coklat tadi sudah suam-suam, boleh masukkan ke dalam peti ais dahulu, biar cepat mengeras..
- Apabila puding coklat sudah keras, keluarkan dari peti ais dah carikkan atas puding menggunakan sudu dan garpu supaya puding susu tadi melekat dengan puding coklat.
- Terus tuang adunan puding susu tadi ke atas puding coklat. Taburkan choc rice. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
- Apabila sudah sejuk, boleh dipotong ikut citarasa sendiri sama ada bentuk love (menggunakan cutter) atau apa-apa sahaja.
Sudah siap hidangan anda ini! Jangan lupa share sekali ya resepi puding lapis coklat dan susu ini.