Resepi Dapur Malaysia

Puding Roti Coklat Chips

No Comments

puding roti coklat chips

Puding roti coklat chips ini sememangnya sedap, lemak berkrim, manis pun sedang elok, dapat pula gigit coklat chips memang crunchy, dasar puding lembut dan atasnya crunchy.

Bahan-bahannya:

  • 1 buku roti yang tebal dan panjang – telah dipotong
  • Susu Dutch Lady Full Cream – terpulang nak guna susu jenis apa
  • *1 Sudu Esen Vanilla
  • *1 1/2 Cawan Gula
  • *3 Biji Telur
  • *2 Sudu Besar Majerin
  • Coklat Chips – tak kisah banyak mana
  • Marjerin

Cara Penyediaannya:

  • Satukan semua bahan bertanda * dan blender semua bahan tersebut bersama
  • Oleskan loyang pembakar dengan marjerin agar tidak melekat nanti
  • Potong-potong/carik-carikkan roti tersebut dan letak dalam loyang pembakar tersebut
  • Tapis terlebih dahulu bahan yang telah di blender tadi dan kemudian curahkan ke atas roti tersebut
  • Taburkan Coklat Chips mengikut jumlah anda inginkan

Cara Memasak:

  • Mula-mula panaskan dahulu oven pada suhu 200 darjah selama 2-3 minit
  • Masukkan puding roti tersebut dan bakar pada suhu 180 darjah dan bakar selama 40 minit

Selamat menjamu selera puding roti coklat chips ini bersama keluarga tersayang! Jangan lupa share sekali ya resepi enak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5