Puding Roti Epal

puding roti dan epal

Dah nak dekat puasa ni boleh la buat puding roti epal untuk juadah berbuka. Memang sedap. Sangat lembut. Puding roti epal ini sedap sahaja jika dimakan begitu sahaja. Tak perlu buat sos kastard. Jom belajar cara-cara nak buat.

Bahan-Bahan: 

  • 6 keping roti sandwich 
  • 4 sudu teh marjerin
  • 4 sudu makan kismis hitam
  • 4 biji buah epal hijau – dipotong 8 bahagian – seperti potato wedges
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur gred A
  • 2 susu teh gula @ secukupnya 

Cara Penyediaannya: 

  1. Panaskan ketuhar anda pada suhu 180°C.
  2. Masukkan roti yang telah dicarik tadi ke dalam mangkuk sederhana bersama marjerin dan gaulkan sebati.
  3. Sapukan sedikit marjerin pada lapisan bawahnya dan susunkan SEBAHAGIAN roti tadi dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  4. Kemudian,untuk lapisan kedua, susunkan pula buah epal dan taburkan kismis hitam di atasnya.
  5. Setelah itu, susun SEBAHAGIAN lagi roti tadi di atas permukaan buah epal tadi sebagai lapisan ketiga.
  6. Dalam mangkuk berlainan, campurkan susu segar, gula dan telur dan kacau hingga kembang dan sebati.
  7. Tuangkan ke atas lapisan roti tadi.
  8. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit.
  9. Boleh dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba resepi puding roti epal ini. Jangan lupa share sekali dengan rakan-rakan resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *