Puding Roti Karamel

 

puding karamel
Jom kita cuba resepi puding roti karamel ini dengan hanya mengikut resepi simple di bawah ini!
Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar air panas
Cara Penyediaannya:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.
 
Bahan-bahan Puding:
  • 4 keping roti gardenia – carik carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • 3 biji telur – pukul sedikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaannya:

  1. Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.
  2. Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
  3. Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba resepi puding roti karamel ini ya. Jangan lupa share resepi ini sekali ya.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *