
Selamat berpuasa buat pembaca blog Oh Malaysia tidak kira di mana sekalipun anda semua berada. Atas permintaan beberapa kenalan di alam maya, saya ingin berkongsi pengalaman berpuasa di negara orang, khususnya Australia. Tahun ini merupakan tahun kedua saya menyambut kehadiran Ramadhan di Adelaide, bahagian selatan Australia.
Penetapan tarikh berpuasa
Jika di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja akan mengumumkan tarikh puasa untuk seluruh Malaysia, lain pula kisahnya di Australia. Di sini tiada badan khusus yang mengumumkan tarikh puasa untuk seluruh Australia. Setiap negeri mempunyai badan-badan atau institusi sendiri untuk menetapkan tarikh puasa ini.
Baru-baru ini pun wujud sedikit kekeliruan kerana anak bulan dikatakan tak kelihatan di beberapa tempat. Wujud percanggahan pendapat mengenai hari sebenar puasa. Dan hasilnya pada hari pertama puasa di Adelaide, ada yang masih belum berpuasa kerana yakin hari esoknya merupakan tarikh sebenar puasa. Adelaide dan Sydney mula puasa pada hari yang sama dengan Malaysia manakala Melbourne, Perth, Tasmania dan Brisbane bermula pada keesokan harinya.

Bersahur dan berbuka puasa
Bersahur rasanya tak ada beza sangat pun dengan Malaysia. Berbuka puasa mungkin lain sikit suasananya di sini. Kemeriahan suasana bazaar Ramadhan setiap petang di Malaysia yang paling dirindukan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sini. Berbuka di sini memang ala kadar je. Kami akan masak setiap hari atau sekali-sekala berbuka di Swinging Bowl, restoran milik rakyat Malaysia di Adelaide.
Bermula tahun lepas, persatuan-persatuan pelajar Malaysia di sini menganjurkan bazaar Ramadhan sekali setahun dalam bulan Ramadhan. Masa inilah kami dapat merasa tepung pelita, kuih buah melaka, murtabak, cendol, tau fu fa, sate dan macam-macam lagi. Semuanya dimasak oleh pelajar-pelajar di sini!
Solat terawikh
Biasanya pelajar Malaysia berterawikh di surau Uni Adelaide ataupun Adelaide City Mosque. Bezanya di sini, tiada bacaan-bacaan antara solat terawikh. Moreh juga tidak disediakan tak seperti di Malaysia.
Cabaran dan dugaan
Rasanya puasa di Australia tak mencabar sangat pun kerana sekarang ni musim sejuk. Jadi siang lebih pendek berbanding malam. Kami berpuasa pun hampir 12 jam 30 minit, berbanding di Malaysia 13 jam 45 minit. Hari ketujuh kami di Adelaide berbuka pada jam 5.46 petang bersamaan 4.16 petang di Malaysia. Disebabkan musim sejuk juga, kami tak terasa sangat lapar dan dahaga. Sedar-sedar dah nak berbuka dah pun.



xjauh sangat beze ngan malaysia kan….
cuma suasana kat MY lebih meriah…tapi ok pe..dapat mrasai suasana berpuasa di Negara orang best gak kan…
rasanya thn ni xde bazaar ramadhan kat adelaide ni.. huhuh
sy dok s.alm pon bkk pose hmpir nangis..klau dok australia lg la melalak..waa:’( tabah btul sape yg blaja oversea tu.. Slmt bpuasa buat amir di sana
seronoknya dapat kutip pengalaman berpuasa kat tempat orang. waktu tengah mengalami memanglah macam susah. tapi nanti bila dikenang2 mesti jadi best.
selamat berpuasa ye amir
nice post! =D
kutip pengalaman di negara orang kan, syok2…
jemputan blogger:
kontest hari raya!
Nice……Memang merindui bazar ramadhan sebab ada segala jenis benda alah makanan yg tak jumpa klu bukan bulan ramadhan.hehehhehehhe~~~~
berpuasa d ngara org pun bes jgk kn
wah best…nanti kalau ada rezeki nak jugak merasa ramadhan di tempat org
memang best aa puasa time musim sejuk..
kt Jpon skang musim panas..
jumlah puasa lebih kurang 15 jam o_0
Dugaan yang lebih dan harap2 puasa kami diredhai-Nya..
Selamat berpuasa bro!
p/s Salam perantauan dah hantar lom?
salam.. teringin jgk nk berbuka kt sana.. insyaallah.. akan smpi kesana jua…
de seronok + tak seronok berpuasa di bumi asing ni.. ape pun, tuntutan agama lebih ptg.. biar bersederhana.. tapi mesti meriahkan bazar kat sana, sbb tak byk cm kt msia ni..
Waaah…best juga kalau dpt berpuasa kat oversea
Tak sangka kat sana pon ada bazar ramadan. Tapi mesti sedih sikit kan sebab suasana ramadan kat sana kurang meriah sikit berbanding dengan Malaysia.
best nya. tapi x detail sangat la explaination ni. tp ok je.
nak tgk gak gmbr bazar ramadhan kat sana mcm mana.
untung ada pengalaman berpuasa di tempat orang
aku kalau terlampau sejuk lebih cepat lapar
ohohohoho
P/S : Sedapnya Wings Madu! Adakah Ini Buffering Terbaru Daripada Nuffnang? Ada Sapa – Sapa Nak Hantar Kad Raya Dekat Gua? Hehehe!
Ngelat~
Puasa sekejap je~
sob3~
T____T
teringin jugak merantau ke negara orang nih.. tapi cuma masa dan kewangan yang menentukan kelak… hehe
rasa mcm best plak kan da lama betul tak pergi sana, nnti klu ade duit lebih nk try bwa family ler.. Semoga Amir dpt berpuasa dgn baik disana..
Wah masa berpuasa singkat saja ya kat Australia.
Dapat juga menimba pengalaman berpuasa disana
bestnye puasa musim sejuk…klau puasa musim panas..makin lama laa kan?
wah…nice la..
Bestnya Puasa Kat Australia
seronok dapat duk sana,tgk org kita berbuka di negara org, satu lagi suka baca paper part student ucap salam aidikfitri kat keluarga msg2 tu..yg tu suka..Amer n kawan2 mesti ada buat gak kan..:)
teringin nak rasa beraya di luar huhu
salam.. selamat berpuasa
bace pngalamn owg2 dk kt oversea wt sy tmbah brkobar2 nk further study kt oversea.. tp tkot x thn wndu kt fmili jep
Raya nanti balik Malaysia tak?
waduh… jauh diperantauan memang banyak pengalaman… namun apa pun selamat berpuasa di perantauan.. raya di mana ni?
Mesti rindukan suasana di Malaysia..
Apapun selamat berpuasa ye..
(walaupun lewat seminggu)..hih
salam Ramadan, wah… satu pengalaman yang menarik, dapat berpuasa di rantau… tentu teringat jugak suasana kat Malaysia kan?… tak per walau apapun kehidupan (pelajaran) mesti diteruskan.
Kira best gak ko ade bazar ramadan..aku dulu..masak spaghetti rebus (buat ala2 mee sup) je la..
nasib baik di Malaysia semua negeri berpuasa pada hari yang sama..
tapi best juga kan ada pengalaman berpuasa di tempat lain..
Amir oh Malaysia dh jadi Amir oh ramadhan~~
ps: My baju melayu satu set dh smp hehe. Raya sungguhh la this yer~
wah best la bro amir, dapat rasa pengalaman berpausa di negara orang, baru dapat kita nilai sesuatu dengan persepsi yg lebih luas
yang x merasa ke australia lg mmg teringin sgt nk ke sana
n kalau bleh merasa suasana bulan puasa di sana..
of course laen rsenye..
akhirnya ada jugak update pasal travelogue ko kat oz sana eh. cool! keep on posting mcm ni. i loike! hehe
oh berbuka lg awal..besnya..hee
Salam kenal dan selamat berpuasa.
Mesti lagi banyak dugaan kan berpuasa di luar negara.
wah syoknya amir… selamat berbuka… eh dah buka ke sana???
selamat berpuasa bro Amir.. kalau ada jodoh sampai juga aku ke sana nanti.. ko tunggu je lah…he3…apa menu best kt sana time puasa ni?? sate kanggaroo ke??
awalnya berbuka..
nampak amir kt paper kosmo dlm salam perantau…
huhu~
wahhh ade tepung pelita gak eh. btw, gambar kamu kat kosmo kite nampak juga smapai syah buat live blog wkaka
xpa.. pengalaman tu mahal. xleh beli. mcm best plak berpuasa kat tempat org.. lain dr kebiasaan. mesti rindu punyala suasana puasa kat mesia.
selamat hari raya amir T___T
Amir,
Kami cadang nak pegi perth 2011, boleh tak amir bantu kami untuk dapatkan info pasal accomodation yg murah kat perth…..puas kami survey…semuanya agak mahal……
tak beza sangat pun kak ida. cuma kat sini xde bazaar ramadhan je la…
@eiyda, mcm meriah je dlm pic tu..wooot3 o_O
slm ramadhan d perantaun bro..wakawaka
Diyana, tahun ni UMNO SA organise bazaar ramadhan. 28 Ogos 2010.
hehe. jangan la nangis2. awak ok ape kat malaysia. boleh je nak balik rumah kalau cuti.
itu lah kan. pengalaman2 macam ni tak semua orang dapat. rasa bersyukur jugak. at least boleh cite kat anak cucu. (kalau umur panjang la). hehe.
thanks farah. selamat berpuasa ye.
pengalaman berharga tu.
betul tu. time ramadhan2 macam ni la jumpa kuih yang x pernah jumpa dalam bulan2 lain..
emmm. saya suka lagi puasa kat Malaysia.
insyaallah, mana tau kot2 nanti dapat gak peluang bpuasa kat negara orang kan..
kalau summer, confirm la aku balik Malaysia. hehe.. tp skg puasa musim winter lak. mana ada cuti.
aku dah hantar salam perantauan. bro dah hantar ke?
nak berbuka je ke? berpuasa sekali la. hehe. berbuka kat sini ala kadar je. tak semeriah kt malaysia.
insyaallah. bersederhana itu lebih baik sebenarnya.
malaysia lagi best! hehe.
kat sini buat sekali setahun je. tu pun student malaysia sendiri yang organise. kalo tak, memang xde la..
sorry afifisa, aku xnak pembaca bosan baca celoteh aku. takut syok sendiri je nanti. hehe. bazaar ramadhan tu insyaallah akan dibuat pada 28 Ogos ni. nanti aku share story pasal bazaar ramadhan plak.
@Amir Said, hahaha.. bpuasa kt mesia.. bbuke kt sana la.. br best!!
@Amir Said, ohh yeke, igt da xde da… kecewa gle kalau x de
berita buruk diyana… event tu kena cancel. br dpt tau drpd syamil. T_T
agakla.. sejuk memang lapar. tp nasib baik hari puasa pendek je.
xpe.. kumpul duit dulu, nti boleh dtg aussie.
dulu kami pegi mana ek? melbourne ke?
berpuasa kt aussie, berbuka kt malaysia. baru best.
musim panas lama la puasa. pukul 8.30 malam baru berbuka.
hari tu dah masuk salam perantauan. kat Kosmo, Utusan. hehe..
kalau duduk kt overseas, jiwa kena kental. xleh homesick2. hehe.
insyaallah, raya ni x balik kot… raya kat adelaide je.
insyaallah, tahun ni saya raya di Adelaide bro..
selamat berpuasa jugak bro… dah hari ke-14 dah kita puasa. cepat je masa berlalu.
suasana Ramadhan kat Malaysia best.. terasa kemeriahannya.
tahun ni xde la bazar ramadhan.. sedih plak. cancel last minute. dulu fawzan study mana ek? saya x pernah lagi berbuka dgn spagheti. takut tak kenyang je.
best… tp malaysia tetap da best. hehe.
hehe. aku pun dah ready baju melayu, songket. cuma songkok je xde…
aku teringin nak berpuasa n raya kt Malaysia. hehe.
kdg2 boleh la update. xleh selalu nanti org ingat blog personal plak. hehe.
best dpt buka awal. boleh jeleskan org2 kt Malaysia. haha. jahat gile.
menu berbuka mcm kat malaysia je. sebab kitorg masak sendiri. hehe. aku x pernah makan daging kanggaru. geli la nak makan.
aussie memang awal sikit berbuka.
ada jugak yang nampak. hehe.