Resepi Dapur Malaysia

Daging Salai Masak Sos Hitam

Recipe by
30
Prep: 10 | Cook: 10 | Servings: 4

Bahan-bahan

  • 1/4 kg Daging salai
  • 1 biji Bawang besar
  • 1 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Serai (saiz besar, diketuk)/ 3 batang Serai bersaiz kecil
  • 11/2 sudu besar Cili blender/ Cili boh
  • 1 cawan Santan/ Air (Lagi sedap guna santan)
  • 3 sudu besar Kicap Pekat
  • 5 sudu besar Madu
  • 1/4 cawan Air Asam Jawa
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak (untuk menumis rencah)

Cara menyediakan

  1. Mula-mula kita sediakan rencahnya. Serai diketuk. Bawang besar dipotong baji. Kemudian, hiriskan halia dan bawang putih (maaf, di dalam gambar halia dihiris kasar kerana suami tidak suka halia, maka terpaksa hiris kasar supaya dia tidak tergigit halia). Kalau mahu blend pun boleh.
  2. Kemudian kita masukkan cili blender, dan tumiskan sehingga naik minyak.
  3. Kemudian kita masukkan santan/ air (ikut kesukaan, di dalam gambar hanya menggunakan air, tetapi ianya lebih lemak jika menggunakan santan), kicap pekat dan madu.
  4. Kemudian kita masukkan daging salai. Biarkan kuah meresap ke dalam serat daging.
  5. Kemudian, kita masukkan air asam jawa bagi memekatkan lagi kuah.
  6. Rasakan masinnya dan tambahkan garam ikut citarasa. Setelah berpuas hati dengan kepekatan kuah, bolehlah ditutup api. Dah siap!

One Review

Leave a Review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

1 2 3 4 5