Resepi Dapur Malaysia

Reseipi Salted Fish Spaghetti

No Comments

Resepi Salted Fish Spaghetti ok ? Resepi ini merupakan resepi yang agak mahal,menu ini hanya di sediakan di kafe-kafe yang mewah atau di kenali sebagai hipster.Selain mahal , potion untuk setiap hidangan juga amat sedikit . Oleh itu , sangat berbaloi jika kita memasaknya sendiri dirumah.

spaghetti

Bahan-bahan:
150 gm – spageti yang telah siap direbus
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih – dicencang halus
2 sudu teh cili padi dicencang halus – boleh ditambah ikut tahap kepedasan
2 sudu besar ikan masin – dicencang halus
3 sudu makan lada benggala – dicencang halus
1 sudu makan daun kesum – dimayang halus
Sediki keju parmesan

Cara-cara penyediaan:
1.Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.Tumis bawang putih, cili padi dan ikan masin.
2.Masukkan lada benggala dan masak seketika.
3.Seterusnya, masukkan spageti dan daun kesum. Gaul rata dan masak selama satu hingga dua minit.kemudian angkat
dan masukkan ke dalam pinggan.
4.Taburkan keju parmesan diatas spageti dan hidangkan.

P/s : Resepi Salted Fish Spaghetti sangat sedap jika di masak dengan penuh kasih sayang.Selai itu , lebih sedap jika dihidangkan bersama ice lemon tea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5