Resepi Dapur Malaysia

Resepi Aiskrim Roti Goreng

No Comments

Resepi Aiskrim Roti Goreng ok? Aiskrim roti goreng sangat popular pada tahun 2015 dan mendapat sambutan yang sangat hangat sehinggakan nestle pon mengeluarkan produknya sendiri yang bernama aiskrim goreng vanilla dan coklat . Chef pon taknak kalah sebab , kalau Chef beli di kedai runcit pasti harganya sekitar rm10 dan didalamnya hanya mempunyai 6 pcs sahaja.Dengan rm10 Chef dapat membuat 10 biji aiskrim goreng atau lebih lagi , cara untuk menyediakan resepi ini sangat lah mudah dan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja kalau anda tekun ketika membuatnya.

aiskrim goreng

 

Bahna-bahan:
4 keping roti sandwich
Aiskrim – ikut aiskrim favourite anda
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:
1.Letakkan aiskrim di tengah-tengah roti kemudian lapiskan satu lagi roti diatasnya.
2.Tekapkan dengan cawan supaya roti tidak berbuka.
3.Panaskan minyak didalam kuali dan tunggu sehingga minyak tersebut betul-betul panas.
4.Setelah minyak tersebut betul-betul panas,gorengkan roti tersebut sehingga keperangan kemudian angkat dan toskan.
5.Akhir sekali,hidangkannya ketika panas.

P/s : Resepi Aiskrim Roti Goreng ini perlulah digoreng ketika minyaknya betul-betul panas supaya , aiskrimnya tidak mudah cair dan roti tersebut tidak menyerap minyak dengan banyak .Selain itu,pastikan anda memakannya dalam keadaan yang masih panas supaya anda dapat merasakan kenikmatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5