Resepi Dapur Malaysia

Resepi Apam Cheese

No Comments

Resepi Apam Cheese ok ? Cara membuat apam cheese lebih kurang macam membuat apam polka dot , akan tetapi rasnaya tidak sama kerana apam polka dot menggunakan blueberry manakala apam cheese pula menggunakan keju.Selain itu , resepi ini sangatlah mudah untuk diamasak kerana ia hanya mengambil masa selama 10 minit untuk penyediaan bahan dan 25 minit sahaja untuk memasaknya.

apam cheese

Bahan-bahan:
1 biji telur
4 sudu gula
80 ml susu segar
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
150 gram tepung gandum
40 gram cheese
Pewarna pink dan hijau.

Cara-cara membuat:
1.Masukkan telur,susu,gula dan minyak masak kedalam satu bekas kemudian pukulkannya sampai gulanya larut sepenuhnya dan berbuih.
2.Selepas itu , ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan telur tadi dan gaulkan sehingga rata.
3.Masukkan cream cheese dan kacau sampai sebati.
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan titiskan pewarna ke setiap mangkuk dengan satu pewarna.
5.Kukuskannya selama 10 minit.
6.Akhir sekali,siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Apam Cheese boleh dicampurkan kedua-dua warna jika anda mahukannya dan pastinya lebih menarik.Selain itu , jika anda ingin tukarkan warna hijau dan pink kepada warna lain conohnya merah , biru , oren pon boleh , takde masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5