Resepi Dapur Malaysia

Resepi Apam Serabai

No Comments

Resepi Apam Serabai adalah sarapan pagi yang paling mudah disediakan malah sangat lembut dan sedap.

image

Bahan-bahan Apam:
2 cawan tepung beras
½ cawan nasi
½ cawan santan
1 ½ cawan air
2 sudu kecil gula
Sedikit garam
1 sudu yis

Cara membuat:
1.Kisar semua bahan kecuali yis dan masukkan ke dalam mangkuk , kemudian masukkan yis dan kacau hingga sebati , tutup bekas dan biarkan 2 jam atau hingga adunan berbuih.
2.Panaskan acuan serabai , sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan yg disimpulkan dan masukkan ke dalam setiap acuan hingga sama paras.
3.Tutup dengan penutup periuk , bila adunan sudah masak apam serabai akan jadi berlubang halus dan boleh diangkat.

Bahan-bahan Kuah Manis Apam Serabai :
2 cawan santan
3 sudu kecil gula perang
1 ½ sudu kecil gula melaka
Sedikit garam
1 sudu kecil tepung gandum

Cara membuat :
1.Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau hingga masak.
2.Siap untuk dihidangkan bersama apam serabai.

P/s:Boleh menggunakan acuan benjo / kuih akok sebagai acuan atau mengikut citarasa tanpa acuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5