Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam disediakan dengan resepi asam pedas yang lain tetapi meggunakan ayam ,sangat mudah disediakan dan lazat dimakan.

image

Bahan-bahan:

1 ekor ayam(dipotong 16)
1 batang serai (diketuk)
Daun kesum
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
Air asam jawa
Lada hitam (ditumbuk)
3 cawan air
Garam
Minyak (menumis)

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering (gunting,rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Belacan sebesar ibu jari

Cara membuat:

1.Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar bersama serai hingga garing.

2.Masukkan ayam , bunga kantan , daun kesum dan gaul sebati hingga ayam empuk.

3.Masukkan air asam jawa , lada hitam , air dan garam secukupnya.

4.BiarkN seketika hingga mendapat kepekatan kuah yang sesuai megikut selera.

5.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Asam Pedas Ayam boleh dihidangkan bersama nasi putih atau roti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *