Resepi Dapur Malaysia

Resepi Asam Pedas Batang Keladi

No Comments

Resepi Asam Pedas Batang Keladi sangat digemari masyarakat Melayu kerana masakan ini sangat sedap dan mudah disediakan . Walaupun sukar untuk mendapatkan batang keladi tetapi amat berbaloi jika dapat merasa masakan ini.

image

Bahan-bahan:
200 gram batang keladi (dihiris)
200 gram keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gram ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3.Kemudian , masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
4.Selepas itu , masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi dan keladi dan kacau rata.
5.Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
6.Setelah keladi dan batangnya mula empuk , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

P/s:Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5