Resepi Dapur Malaysia

Resepi Asam Pedas Daun Limau Parut

No Comments

Resepi Asam Pedas Daun Limau Purut sukar untuk ditemui.Kerana,di kedai-kedai makan hanya memasak atau menyediakan asam pedas biasa sahaja.Oleh itu,Chef ingin mengkongsikan resepi ini kepada anda semua.Marilah mencuba cuba resepi ini.

asam pedas

Bahan-bahan:

5 keping ikan tenggiri (atau ikut jenis ikan kesukaan anda).
9 ulas bawang merah.^
2 ulas bawang putih.^
2 inci halia.^
3 inci kunyit hidup.^
1 sudu kecil penuh belacan.^
3 senduk cili blend.
5 helai daun limau purut.
5 biji bendi.
Air perahan asam jawa secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Ajinomoto .
Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Cara-cara penyediaan:

1.Tumbuk semua bahan bertanda (^) .Setelah selesai tumbuk semua bahan, gaulkan dgn cili blend.
2.Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg di gaul tadi sampai lah betul2 garing dan pecah minyak.
3.Lepas dah pecah minyak, masukkan ikan, air asam jawa & air.Biarkan sehingga mendidih.
4.Setelah mendidih, masukkan garam, aji, bendi & daun limau purut..
5.Biarkan kuah mendidih selama 10 minit atau sampai kuah nampak pekat sedikit dan sedian untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Asam Pedas Daun Limau Purut lebih sedap jika dibiarkan lebih pekat dan amat sesuai dimakan dengan nasi putih.Selamat mencuba!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5