Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Bakar Bersalut Empingan Jagung

No Comments

Resepi Ayam Bakar Bersalut Empingan Jagung Rangup (Baked Cornflake Crusted Chicken Strips) sangat mudah disediakan dan hanya mengambil masa 15 minit.Resepi ini sangat sedap dan sihat kerana dibakar.

image

2 keping dada ayam ( dipotong memanjang)
2 biji telur
4 cawan cornflakes
1 sudu besar daun parsley yang dicincang
1 sudu besar minyak zaitun
4 sudu besar tepung gandum
Garam
Lada hitam

Bahan A : Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam.
Bahan B : Pecahkan telur dan tambahkan minyak zaitun.
Bahan C : Gaulkan cornflakes dan daun parsley.
Bahan D : Tepung gandum

Cara membuatnya:

1.Gaulkan bahan A dengan bahan D.

2.Celupkan bahan A dalam bahan B.

3.Gaulkan dalam bahan C.

4.Susun dada ayam yang sudah disalut dalam tray yang dialas dengan kertas minyak.

5.Bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 200c.

6.Pusingkan ayam dan bakar sekali lagi pada suhu yang sama selama 15 minit.

7.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Sedap dimakan bersama sos atau mayonis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5