Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ayam Bakar dan Sup Cendawan

No Comments

Resepi Ayam Bakar dan Sup Cendawan merupakan resepi ayam bakar yang sangat lazat dan berkrim sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

image

Bahan-bahan untuk Ayam Bakar:
1 ekor ayam (potong 4)
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 cm halia (ditumbuk kasar)
Sedikit serbuk lada hitam (ditumbuk kasar)
Sedikit serbuk oregano
Sedikit olive oil / minyak masak

Cara membuat:

1.Bersihkan ayam dan lap dengan tisu dapur.

2.Bahagian dada dicucuk/dikelar sedikit dengan garfu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.

3.Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam , lada hitam dan lada sulah.

4.Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

5.Akhir sekali , gaulkan daging dengan bahan yang ditumbuk.

6.Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

7.Perapkan daging paling kurang 1 jam atau semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam.

8.Panaskan kuali dan bakar sehingga ayam masak (gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus).

Bahan-bahan untuk sup cendawan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 tin air (sukat guna tin prego)
Sedikit minyak

Cara membuat:
1.Cendawan butang dibersihkan dan dihiris nipis.

2.Panaskan sedikit minyak , tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.

3.Masukkan hirisan cendawan dan tumis hingga layu.

4.Masukkan sos carbonara dan tambahkan air.

5.Masukkan kiub ayam sekup rasa dan kacau hingga pekat.

6.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Ayam Bakar dan Sup Cendawan juga boelh dihidangkan bersama coleslow dan kentang putar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5